ANCAK, Tempat Menyajikan Persaratan Sesaji

Gedungjaya – Bapak Topan namayanya sedang membuat ANCAK yakni sebuah wadah yang diperuntukan untuk menaruh/ meletakkan beberapa syarat (sajen) dalam Pagelaran Wayang Kulit yang akan diselenggarakan di Balai Kampung Gedung Jaya kecamatan Rawa Pitu Kabupaten Tulang Bawang pada malam nanti, tepatnya pada hari kamis-malam jum’at pukul 20.00 WIB s/d selesai.(kamis,19/10/2017).

Dalam masyarakat Luas Ancak biasanya digunakan semasa memenuhi perjanjian dengan saka, bagi memberi jamuan. Selain itu, ancak juga digunakan dalam perubatan traditional apabila ancak disediakan dan kemudiannya, jin yang mengganggu dipujuk agar mengikuti ancak yang kemudiannya dihanyutkan ke sungai. Perkara yang sama juga dikatakan akan dilakukan ketika seseorang membuang ilmu kebatinan yang dipakainya seperti memakai susuk, atau makhluk belaan seperti toyol.

Selain itu, ancak juga disediakan dalam upacara semah biasanya sebagai balasan apabila pesakit yang diubati menurut kaedah tradisional sembuh, sebagai memenuhi perjanjian yang telah dipersetujui oleh orang yang melakukan rawatan dan jin-jin yang dikatakan membantu manusia yang dilakukan dalam keadaan menurun, ataupun melalui persembahan teater tradisional, yang juga melibatkan menurun.

Jin yang merasuk pesakit dipujuk dan dijanjikan akan diberi makan ancak sekiranya sudi keluar dan tidak mengganggu pesakit. Tujuan lain ialah sebagai tanda berterima kasih kepada makhluk ini, yang sudi datang membantu manusia melakukan rawatan lantas membolehkan pesakit sembuh.

Upacara menyemah berlainan, bergantung kepada kelaziman yang dilakukan orang yang mengetuai sesuatu upacara, ataupun kehendak orang yang berkenaan atas permintaan jin-jin yang diberitahu melalui mimpi ataupun perantaraan lain. Oleh itu, bahan-bahan yang disediakan berlainan, selain daripada kebergantungan kepada bahan makanan yang boleh didapati dan digunakan oleh penduduk tempatan.

Upacara menyemah adakalanya melibatkan darah binatang yang disembelih, ditadah dalam satu bekas, ataupun organ dalaman binatang yang disembelih, seperti kambing, kerbau atau lembu. Bahan-bahan tersebut diletakkan di satu tempat, sama ada di hujung kampung, di pinggir hutan, dihanyutkan di sungai ataupun di laut. Amalan ini dikenali sebagai menyemah kampung, menyemah pantai, bela kampung, buang ancak dan sebagainya.

Bagi mereka yang melakukan persembahan teater tradisional, bahan-bahan makanan, terutamanya ayam panggang diletakkan, adakalanya sebagai sajian di sepanjang persembahan, bagi memastikan persembahan mereka berjalan dengan lancarnya tanpa ada apa-apa gangguan oleh makhluk halus.

(UF)

Jadi yang Pertama Berkomentar

Tinggalkan Balasan